Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Monday, March 28, 2016

POKOK TUHAU

3

Bagi yang belum pernah melihat pokok TUHAU, macam inilah rupa bentuknya. "Tuhau" adalah sebutan dalam bahasa Kadazan Dusun. Ada juga yang memanggilnya sebagai "Terivad" .Nama saintifiknya menurut Wikipedia ialah E. Coccinea. Dalam bahasa Iban tumbuhan herba ini dikenali sebagai "Upak Kecalak" juga dipanggil "Tepus". 



Pokok Tuhau
Pokok tuhau biasanya akan tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Kalau mahukan tuhau yang muda dan lembut, ambil anak pokok tuhau yang masih kecil-kecil. Jangan cabut pokok tuhau yang sudah agak tinggi sebab batang dan umbutnya keras. Maksudnya pokoknya sudah tua dan tidak boleh dimakan.

TUHAU, JERUK TUHAU
UMBUT POKOK TUHAU
Gambar di atas ini ialah bahagian umbut tuhau. Bahagian ini sedap jika dicampurkan dalam masakan "Ayam Masak Kicap", dalam sup ikan dan yang paling terbaik ialah dijadikan sebagai jeruk. Campur dengan cili, cuka atau limau, sedikit garam dan gula. Maka jadilah ia sebagai pembuka selera yang menyelerakan. Selain umbutnya, bahagian batang pokok tuhau juga boleh dimakan. Kopek kulitnya untuk mendapatkan batang tuhau yang lembut.


TUHAU, JERUK TUHAU
DAUN POKOK TUHAU
Yang ini pula bahagian pucuk pokok tuhau. Tumbuhan ini tumbuh seperti halia dan juga lengkuas. Ia mempunyai bau yang agak kuat seperti bau serangga "Pesisang". Sesetengah orang tidak sukakan makanan tradisional yang popular di Sabah ini kerana baunya. Tapi bagi peminat tuhau, lagi kaut baunya lagi ia mengangkat selera makan.

JERUK TUHAU, TUHAU

Pokoknya rendah sahaja sebab pokok tuhau yang diambil ini adalah yang masih muda. Tumbuhan herba ini tidak tumbuh berkelompok. Ia akan tumbuh jauh-jauh dari induknya. Hanya pokok tuhau yang muda sahaja yang sesuai untuk dimakan. 

Untuk pengetahuan pembaca, pokok tuhau ini juga mempunyai bunga seperti bunga kanatan dan juga berbuah. Admin akan kongsikan gambar bunga dan buah tuhau di entry yang lain.



KARNIVAL JUALAN PRODUK SABAH ANJURAN FAMA

0

Selama tiga hari berturut-turut Karnival Jualan Produk Sabah anjuran FAMA yang berlangsung baru- baru ini. Bermula dari 25 Mac 2016 hingga 27 Mac 2016. Bertempat di Kompleks Karamunsing, Sabah. Para usahawan seluruh Sabah dijemput oleh pihak FAMA untuk menyertai karnival ini.


Karnival Jualan Anjuran FAMA Sabah.

QueYun TUHAU juga telah dijemput oleh pihak FAMA untuk turut serta karnival jualan ini.

Produk QueYun TUHAU

Antara produk QueYun TUHAU yang mendapat sambutan dari pengunjung yang datang ialah Serunding Tuhau, Sambal Tuhau, Jeruk Tuhau Pedas dan Multi Pes Tuhau. 


booth QueYun TUHAU

Terima kasih kepada pengunjung yang datang memberikan sokongan. Terima kasih juga kepada pihak FAMA yang telah memberikan peluang kepada QueYun TUHAU untuk menyertai karnival ini.

Sunday, March 20, 2016

JENIS-JENIS PRODUK YANG DIKELUARKAN

0

Antara produk yang dikeluarkan oleh QueYun Enterprise adalah Jeruk Tuhau Pedas, Jeruk Tuhau Asamboi dan Serunding Tuhau Bilis

Produk yang terbaru yang dikeluarkan oleh QueYun Enterprise ialah Multi Pes Tuhau dan Sambal TuhauDiharap produk terbaru keluaran dari syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan khususnya bagi peminat makanan berasaskan tuhau.

Pembungkusan produk QueYun Enterprise adalah  bersaiz sederhana kecil. Ianya memudahkan ia dibawa kemana-mana. Amat sesuai jika dijadikan sebagai ole-ole untuk saudara mara dan kawan-kawan bagi para pelancong yang datang ke Negeri Sabah.


SERUNDING TUHAU, TUHAU
SERUNDING TUHAU
(50gm)

JERUK TUHAU PEDAS, TUHAU
JERUK TUHAU PEDAS
(230 gm)


JERUK TUHAU ASAM BOI, TUHAU
JERUK TUHAU ASAM BOI
(230 gm)

MULTI PES TUHAU, TUHAU
MULTI PES TUHAU  (Baru )
(230 gm)

Sambal Tuhau Bilis (Baru)

Sambal Tuhau Cili Padi (Baru)

Sunday, March 13, 2016

NASI GORENG TUHAU

0

Tuhau, Jeruk Tuhau, Nasi Goreng Tuhau
Nasi Goreng Tuhau

Resepi Nasi Goreng Tuhau:

Bahan:


  1. Nasi Putih
  2. Bawang Putih
  3. Serbuk Kunyit
  4. Jeruk Tuhau Pedas (Ditoskan)
Cara:

Panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan bawang putih dan Jeruk Tuhau yang telah ditoskan. Kacau hingga naik bau. Masukkan nasi putih dan gaul. Kemudian bubuh garam dan serbuk perasa ikut suka hati. Siap.

Sedap dimakan semasa panas-panas.  Boleh juga campur dengan bilis, sotong, udang atau apa-apa saja campuran yang disukai.