Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Wednesday, November 4, 2015

JERUK TUHAU

1

Bagi yang belum pernah melihat Jeruk Tuhau, inilah dia rupa bentuknya. Batang tuhau yang lembut di hiris nipis atau di tumbuk hancur kemudian dicampurkan dengan cili, cuka atau air limau, garam dan gula. Terhidu saja baunya sudah buat kita berliur. Apalagi kalau merasanya pasti terkenyit mata dibuatnya.


JERUK TUHAU PEDAS


Jeruk Tuhau ini sangat sesuai di makan bersama dengan ikan panggang, ikan goreng dan ikan masin Tapi bagi pengemar Tuhau, semuanya pun ok..Boleh campur dalam sup ikan, mee maggie atau masak dengan ayam dan pun daging pun sedap.. (^_~).




JERUK TUHAU, SERUNDING TUHAU, TUHAU SABAH, QUEYUN TUHAU
Feedback pelanggan.

Bagi yang belum pernah cuba, kena cuba rasanya. Kalau ngam dengan bau dan rasanya, memang akan sukakannya.

JERUK TUHAU PEDAS,  JERUK TUHAU, TUHAU SABAH, QUEYUN TUHAU
JERUK TUHAU PEDAS (230gm)

Jeruk Tuhau Pedas, 230gm untuk sebotol. Tahan selama setahun.


Sunday, November 1, 2015

QueYun TUHAU OPEN BOOTH

0

jeruk tuhau, serunding tuhau
Jeruk Tuhau & Serunding Tuhau




QueYun TUHAU first time Open Booth. Bertempat di Sri Alhafidz, Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Tiga jenis produk dibawa, Jeruk Tuhau Pedas, Jeruk Tuhau Asam Boy dan juga Serunding Tuhau. Alhamdulillah ada sambutan dari pengunjung yang datang. Sabtu ini cuba lagi buka booth untuk kali kedua di tempat yang sama juga. Moga segalanya dipermudahkan.. (^_^)



Friday, October 16, 2015

QueYun TUHAU BLOG

0

Blog ini adalah blog rasmi QueYun ENTERPRISE. Kami merupakan pembuat dan pembekal produk berasaskan tuhau, iaitu sejenis tumbuhan herba yang banyak didapati di Kepulauan Borneo. Di dalam blog ini kami akan berkongsi jenis-jenis produk yang kami keluarkan. Produk yang dikeluarkan akan bertambah dari semasa kesemasa atas permintaan pelanggan

Selain itu kami juga akan berkongsi info-info tentang TUHAU, tumbuhan yang menjadi makanan kegemaran di kalangan penggemar Tuhau di Sabah.

Aktiviti-aktiviti seperti kursus, seminar dan jualan booth juga ada dikongsikan beserta dengan gambar-gambar ditempat kami berada.




Resepi-resepi juga ada dikongsikan. Resepi dari pelanggan dan juga dari kami.  Bagi anda yang ada resepi berkaitan tuhau, bolehlah berkongsi dengan kami samada share di bahagian komen atau pun email kami di queyunent@gmail.com.

Blog ini akan sentiasa diupdate dari semasa kesemasa. Dibenarkan copy paste dengan memberikan link blog ini. Namun kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada sebarang kerosakan ataupun kehilangan yang anda alami atas penggunaan maklumat dalam blog ini.

Bagi anda yang datang melawat blog ini, jutaan terima kasih kami ucapkan.