Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Saturday, November 9, 2019

CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE

0

VIDOE CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE


Berkongsi tips kali ini. Cara membungkus pesanan produk yang dipesan oleh pelangan online sebelum dikirim. Cara-cara juga boleh dilihat melalui video di atas.

Pihak QueYun menggunakan khidmat Pos Malaysia bagi kiriman pos seluruh Malaysia dan juga luar negara. Kotak dan Consigment Note boleh siap-siap ambil di Pos Office yang berdekatan. Untuk kotak saiz XS seperti yang digunakan dalam Vidoe berharga RM2. Berat maksimum 1kg.

CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE:

1. Sebelum membungkus pastikan peralatan seperti Plastic Wrapping Box, solatape, gunting, pen, consigment note dan kotak bungkusan sudah tersedia beserta produk yang dipesan oleh pelanggan.

2. Susun kemas-kemas, cantik cun produk dalam kotak. Produk boleh dibungkus menggunakan Bubble Wrapping jika perlu. Kalau ada ruang kosong boleh letakkan kertas. Bagi ruang kotak sempit sikit agar produk tidak begerak-gerak semasa proses penghantaran nanti.

3. Atas kotak bolehlah anda tulis nombor tracking parcel, alamat penerima dan alamat pengirim. Tulis kemas dan jelas.

4. Selepas itu balut kotak kemas-kemas menggunakan Plastic wrapping box. Tujuannya agar kotak nampak lebih kemas dan yang penting terlindung dari rosak oleh cuaca hujan. Untuk kotak saiz XS, gunakan Plastic Wrapping box saiz kecil agar mudah kerja membalut. Balut dalam 4 ke 5 lapis sudah cukup memadai. Tapi kalau mahu lagi tebal ok jer. Terpulang pada anda. 

5. Sudah siap balut, letak siap-siap consigment note atas kotak. Mudah sikit proses kiriman semasa di kaunter. Jangan lupa tulis kemas dan jelas maklumat penting seperti alamat pengirim, alamat penerima dan nombor telefon. 

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk anda. Boleh share jika tips ini berguna untuk anda. Jangan lupa LIKE & SHARE FB PAGE kami di SINI


Wednesday, August 14, 2019

CARA BUAT CILI KISAR TAHAN LAMA

0

Kali ini Admin ingin berkongsi bagaimana cara buat cili kisar tahan lama. Mudah saja sebenarnya. Jom tengok langkah-langkah di bawah ini.

1. Potong cili kering pendek-pendek menggunakan gunting. Kalau potong lagi pendek lagi bagus, biji cili mudah jatuh nanti dan mudah masa mengisar nanti.

Gunakan bekas jaring kemudian goncang atau ketuk-ketuk bekas untuk bagi biji-biji cili jatuh.

CILI, TUHAU
Potong cili pendek-pendek.
Gunakan bekas berjaring.


2. Rebus cili hingga jadi lembut. Masa rebus jangan lupa sentiasa gaul-gaulkan. Rebus dalam setengah jam atau cili nampak lembut bolehlah tutupkan api.

3. Cuci bersih cili merah yang direbus tadi. Tujuannya untuk membuang sisa biji cili yang tidak jatuh semasa memotong tadi. Kemudian toskan.

4. Kisar cili rebus yang telah ditoskan tadi. Gunakan minyak masak untuk mengisar cili. Tambahkan sedikit garam semasa mengisar.

5. Masukkan dalam bekas. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Kalau hendak lagi tahan, simpan dalam peti sejuk bahagian frezzer. Boleh tahan hingga berbulan dan masih tidak berkulat.


Cili Kisar dalam frezzer

Bila rasa-rasa nak masak sambal, bolehlah guna nanti. Mudah dan lancar kerja-kerja memasak di dapur.

Semoga tips ini dapat membantu anda  semua. Silakan share jika bermanfaat untuk anda.




Wednesday, November 22, 2017

TIPS CILI TAHAN LAMA

0

Kali ini admin nak share satu tips untuk anda. Tips Cili Tahan Lama.

Ini adalah jenis cili  yang digunakan dalam penghasilan produk QueYun. Salah satu produk yang menggunakan cili ialah Sambal Tuhau Cili Padi. Cili ini baru dipetik dari ladang. Masih segar dan cantik. Untuk nak bagi Cili ini tahan lama dan masih kelihatan segar, cara penyimpanan memainkan peranan penting.

Admin nak share bagaimana caranya.
Ambil satu bekas kedap udara dan lapiskan dengan tisu. Tisu letaklah beberapa lapis. Kemudian masukkan cili yang sudah dipetik. Pastikan cili tak basah dan tangkainya masih ada ya. Tutup cili tadi dengan tisu dan tutup dengan penutup bekas tadi.

Simpan dalam peti sejuk. Tahan selama satu hingga 3 minggu. Dah nak pakai barulah boleh ambil. Cuci dan buka tangkainya. In Shaa Allah cili tadi masih segar dan cantik kelihatan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ya.