Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Showing posts with label KURSUS. Show all posts
Showing posts with label KURSUS. Show all posts

Sunday, November 3, 2019

KURSUS INSKEN 2019

0

Sedikit perkongsian kali ini dari Program INSKEN yang berlangsung di Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu selama dua hari.

INSKEN ENTREPRENEURSHIP TRAINING

Program ini adalah usahasama dari pihak AIM dan INSKEN. Seramai 27 orang usahawan AIM di Sabah yang bertuah dipilih untuk mengikuti program ini. Satu Program yang sangat memberi banyak manfaat.

Outbound Marketing dan Inbound Marketing adalah salah satu ilmu yang dikongsi oleh dua coach hebat, Coach Cat dan Coach Hajar.

Ini adalah antara yang dipelajari oleh para usahawan AIM;

OUTBOUND MAKETING:

  • Proses pemasaran tradisional
  • Product fokus
  • Push strategy
  • Interruptive
  • Marketer centric
  • One way communication
  • Paid & expensive
  • Offline

INBOUND MARKETING:

  • Proses pemasaran abad 21
  • Customer focus
  • Pull srategy
  • Permission based
  • Value centric
  • 2 way communication
  • Free but takes effort & time
  • Online


Peserta Kursus INSKEN

Penyampian ilmu santai yang buat para peserta tidak sedar masa berlalu pantas dengan perkongsian yang sarat dengan ilmu baru yang harus dipraktikkan oleh para usahawan AIM.

Terima Kasih AIM kerana memberi peluang untuk menyertai program INSKEN ini.

Terima Kasih INSKEN kerana mengadakan program seperti ini yang sangat membantu para usahawan untuk maju ke hadapan lagi.












Friday, April 6, 2018

STRATEGI PEMASARAN AGROMAKANAN MELALUI PEMBUNGKUSAN, PELABELAN & PENJENAMAAN

0

Kali ini berkursus di Hotel Pan Borneo, Putatan. Program ini dianjurkan oleh pihak FAMA. Kursus kali ini adalah mengenai Strategi Pemasaran Agromakanan melalui Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan produk. Tajuk kursus yang menarik.  
 

Peserta diberi penerangan oleh En. Noh Bin Nik Wan, Pengarah Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundangan dari Ibu Pejabat Selayang.

Tiga tajuk utama dikongsikan dalam program ini. Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan. Ketiga-tiga perkara ini memainkan peranan penting dalam pemasaran produk.

Tips untuk menjadi usahawan berjaya juga dikongsikan. Tips merupakan perkongsian dari seorang usahawan yang telah berjaya. Sangat memberikan inspirasi pada usahawan terutama sekali yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Pengisian program sepanjang sehari ini sangat banyak memberi manfaat. Terima kasih FAMA, kerana memberi peluang pada QueYun untuk menyertai kursus ini.
 

Wednesday, February 21, 2018

BENGKEL SKIM PENSIJILAN MeSTI

0

Bengkel Skim Pensijilan MeSTI
Selama dua hari bengkel Skim Pensijilan MeSTI ini berlangsung. 19hb dan 20hb Febuari 2018. Bertempat di Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah.

Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (IAT-MOA). QueYun Enterprise salah satu yang terpilih untuk turus serta dalam bengkel ini. Terima kasih kerana memilih QueYun Enterprise untuk mengikuti bengkel ini.

Dua hari dengan para usahawan seluruh Sabah, menuntut ilmu bersama-sama. Pengisian sangat memberi manfaat. Dengan penyampian santai pegawai yang dijemput tak rasa mengantuk dibuatnya. 


Sedikit Info tentang Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MeSTI):
  1. Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan Pensijilan MeSTI, iaitu salah satu skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) untuk industri makanan terutamnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
  2. Skim pensijilan adalah PERCUMA kepada semua industri makanan.
  3. Permohonan pensijilan MeSTI boleh dibuat secara online di http://fosimdomestic.mph.gov.my

Saturday, January 27, 2018

FOTOGRAFI

0

Kelas Fotografi, pelajaran pertama untuk Latihan Asas Keusahawanan Pi1M Taman Putera Jaya Telipok. Kelas Fotografi ini diajar oleh Pengurus Pi1M Putera Jaya, Cik Arbaya Angin.
Para peserta diajar bagaimana cara mengambil gambar produk yang betul dan menarik.
Jom tengok gaya-gaya para peserta yang juga merupakan usahawan sekitar Taman Putera Jaya.

PI1M, fotografi, tuhau

Sebelum memulakan sesi fotografi, para peserta diajar membuat DIY Mini Studio. Menggunakan kotak terpakai dan dibalut dengan kertas putih bagi tujuan pencahayaan.


Ambil gambar produk dengan menggunakan kamera DSLR dalam Mini Studio. Tangan agak ketar-ketar semasa menggunakannya. Almaklumlah first time mencuba. Tarik nafas sikit dan shoot..😆..
Shoot bukan sekali tapi berkali-kali. Nanti boleh pilih gambar yang paling ideal untuk tujuan promosi produk nanti.


Cik akak manis jelita ini pula sedang mencuba mendapatkan gambar produknya dengan menggunakan kamera handphone. Tunduk sikit dan snap. Lightning amat memainkan peranan penting bagi mendapatkan hasil yang menarik.

Untuk kelas pertama ini, memang best belajar. Dengan sifu yang sporting, gaya penyampaian dan suasana yang santai-santai, ilmu yang diberi alhamdulillah dapat diserap.

Saturday, December 9, 2017

KURSUS PENGURUSAN PERNIAGAAN ANJURAN G3PNS

0

Bertempat di Bilik mesyuarat masjid Annur Tuaran Sabah, kursus yang bertajuk Pengurusan Perniagaan ini telah diadakan pada 09 Disember 2017. Kursus yang berlangsung selama  sehari ini adalah anjuran Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS).

Seramai lebih 30 orang telah menghadiri kursus ini.

Para peserta kursus yang hadir. 

Antara pengisian semasa kursus ialah Pengenalan Pengurusan Perniagaan Berkesan dan Rancangan Perniagaan, Pengurusan Kakitangan, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pemasaran dan Pengurusan Kejurujualan. 


Peserta diberi peluang memperkenalkan produk masing-masing. Bagi yang ada membawa produk, ini masanya untuk memperkenalkan produk. Sebab itu bila anda hendak menghadiri apa-apa kursus atau seminar,  sentiasalah bawa produk bersama.


Di akhir program,  ucapan penutupan dari Timbalan TYPD G3PNS  En.Roslani Bin Abdullah. Seterusnya beliau menyampaiakn sijil penyertaan kepada para peserta.

Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan dari Timbalan TYDP G3PNS. 


Sebelum bersurai. Sesi bergambar bersama beramai-ramai. 

Terima kasih G3PNS atas peluang ini. Mudah-mudahan akan ada lagi program seperti ini di masa akan datang. 


Wednesday, August 23, 2017

KURSUS AGROBAAZAR ONLINE (ABO)

0

Kursus kali ini adalah mengenai Agrobaazar Online (ABO) anjuran FAMA Sabah. Kursus sehari ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia  (PI1M)Putera Jaya Telipok pada 8hb Ogos 2017. 

Para peserta yang hadir. Antara pengisian program ialah Pengenalan business online melalui Portal Agrobaazar,  mencipta banner dan logo. 


Kursus dikendalikan oleh En. Ruzaini dari FAMA Sabah. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Cara penyampaian mudah diserap.

Selesai mencipta logo dan banner, tiba masa sesi mengambil gambar produk. Yang ni part paling best. Seronok boleh ambil gambar ala-ala pro. Hehee.. Peserta diberi peluang untuk ambil gambar produk masing-masing.

Antara peserta a.k.a bakal usahawan berjaya. Masing-masing dengan produk sendiri. Semoga produk akan dapat menembusi pasaran dalam dan luar negara. In Shaa Allah dengan usaha gigih. Pasti boleh..


Geng karas bersama dengan Sifu Photoshop. Sempat lagi ber wefie..

Akhir sekali, sesi bergambar. Gambar gaya bebas dengan wajah-wajah yang ceria dapat menimba ilmu.
Terima kasih kepada pihak FAMA dan PI1M Putera Jaya Telipok atas kerjasama menjayakan kursus untuk kami.

Friday, August 5, 2016

KURSUS GUERILLA MARKETING ANJURAN FAMA

0



KURUSU GUERILLA MARKETING
KURSUS GUERILLA MARKETING (GM)
26-28 JULAI 2016























Buat julung kalinya kursus ini diadakan di Sabah iaitu Kursus Guerilla Marketing. Anjuran Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundingan FAMA Sabah. Selama tiga hari berturut-turut di adakan di Hotel Klagan, Kota Kinabalu. 


KURUSU GUERILLA MARKETING
Sifu Abe Amirin membuka tirai pengenalan kursus.

Pengisian program memang sangat terbaik. Banyak ilmu, tips yang diperoleh semasa kursus ini. Terima kasih Sifu Uncle Zin dan Sifu Abe Amirin atas segala yang diberikan selama tiga hari berkursus.

KURUSU GUERILLA MARKETING
Kerja Berkumpulan. Alhamdulillah group admin menang
dan mendapat Personal Coaching dari Uncle Zin Ali.

Terima Kasih juga buat FAMA atas program yang disediakan ini. Terima kasih para pegawai FAMA yang sentiasa berada semasa program menanti sehingga usahawan tamat berkursus.
Buat Hotel Klagan Kota Kinabalu, terima kasih atas layanan yang awesome.. Room..makanan yang disediakan juga terbaik. 


Saturday, April 30, 2016

KURSUS KEUSAHAWANAN PEMASARAN AGROMAKANAN SECARA ONLINE

0

Kursus Keusahawanan Pemasaran Agromakanan Secara Online anjuran FAMA. Program ini berlangsung selama dua hari pada 25 - 26 April 2016. Bertempat di Hotel Soluxe Putatan, Sabah.

KURSUS KEUSAHAWANAN PEMASARAN AGROMAKANAN SECARA ONLINE

Ramai peserta yang datang mengikuti program ini. Memang tidak rugi bagi sesiapa yang datang menyertai kursus dua hari ini. Banyak ilmu baru yang sangat-sangat memberi manfaat buat para usahawan. Antara yang best ialah para usahawan diberikan Tools marketing online yang terbaik. menarik, mudah, mengujakan dan rasa tidak sabar untuk mempraktikannya. Terima kasih Uncle Zin.


AgroBazaar Online

Uncle zin, antara penceramah yang memberi penerangan bagaimana AgroBazaar sebagai platform
para usahawan mempromosikan produk secara online.

Walaupun cuma dua hari tapi input yang diberi memang terbaik!!
Tahniah dan terima kasih kepada pihak FAMA kerana menjemput QueYun Enteprise untuk turut serta dalam program yang hebat ini.


Thursday, April 21, 2016

KURSUS PROGRAM TRANSFORMASI DAN GLOBALISASI ANJURAN PERDASAMA

0


Program Transformasi dan Globalisasi Bumiputera Dalam Industri Halal
PROGRAM TRANSFORMASI dan GLOBALISASI ini adalah program anjuran PERDASAMA. Program ini berlansung selama dua hari. Bertempat di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu pada 13-14 April 2016 yang lalu. Dengan kerjasama bersama MITI, INSKEN, JAKIM, HDC  dan  KKM. 

Program ini banyak memberikan input kepada peserta teutama sekali bagi yang baru mengorak langkah dalam bidang perniagaan. 

Dalam program ini, peserta kursus diberikan penerangan yang terperinci bagaimana untuk mendapatkan Pensijilan Halal untuk syarikat dan juga bagaimana membina jenama sekaligus dapat menerokai pasaran antarabangsa. Terima kasih kepada pihak PERDASAMA kerana menganjurkan program seperti ini. Diharap akan ada lagi program yang menyusul di masa akan datang.


Sempat bergambar dengan peserta kursus yang lain. Bertuah berkenalan dengan mereka. Banyak ilmu yang admin dapat hasil perkongsian dari mereka. Mereka merupakan usahawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang masing-masing.