Friday, April 6, 2018

STRATEGI PEMASARAN AGROMAKANAN MELALUI PEMBUNGKUSAN, PELABELAN & PENJENAMAAN

0

Kali ini berkursus di Hotel Pan Borneo, Putatan. Program ini dianjurkan oleh pihak FAMA. Kursus kali ini adalah mengenai Strategi Pemasaran Agromakanan melalui Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan produk. Tajuk kursus yang menarik.  
 

Peserta diberi penerangan oleh En. Noh Bin Nik Wan, Pengarah Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundangan dari Ibu Pejabat Selayang.

Tiga tajuk utama dikongsikan dalam program ini. Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan. Ketiga-tiga perkara ini memainkan peranan penting dalam pemasaran produk.

Tips untuk menjadi usahawan berjaya juga dikongsikan. Tips merupakan perkongsian dari seorang usahawan yang telah berjaya. Sangat memberikan inspirasi pada usahawan terutama sekali yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Pengisian program sepanjang sehari ini sangat banyak memberi manfaat. Terima kasih FAMA, kerana memberi peluang pada QueYun untuk menyertai kursus ini.
 
**Kami Pembuat dan Pembekal produk tradisional berasaskan tumbuhan herba iaitu TUHAU. Ikuti kami @QueYun Tuhau-:FB, INSTAGRAM, GOOGLE PLUS, YOU TUBE. WHATSAPP KAMI : 012 8019875 / 011 35282909**

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.