Wednesday, January 24, 2018

PENDAFTARAN USAHAWAN PKS KPDNKK

0

Mendaftar sebagai ahli PKS di bawah agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Seterusnya memohon logo Buatan Malaysia untuk Produk.

Program ini diadakan di Mini Putrajaya Kompleks Pentadbiran Kerajaan Perseketuan Sabah. Berlangsung selama dua hari bagi memberi peluang kepada para usahawan mendaftar sebagai PKS  di bawah agensi KPDNKK.


Pendaftaran PKS ini juga boleh dibuat secara atas talian melalui laman http://spacedeals.1pengguna.com

Antara kelebihan usahawan PKS yang berdaftar di bawah KPDNKK adalah dapat mengikuti pelbagai program atau karnival serta kursus dan latihan keusahawanan secara percuma. 

Program pemasaran pula seperti Program Citarasa Malaysia yang diadakan dengan kerjasama pasar raya besar asing seperti Giant, Tesco dan Aeon.

Promosi produk PKS di media ekektronik dan media cetak juga turur dibuat. 

Dah selesai daftar sebagai usahawan PKS KPDNKK, daftar pula untuk penandaan Logo Buatan Malaysia.
Dokumen penting yang diperlukan dan contoh Produk yang didaftarkan harus disertakan. 

Bagi korang yang nak mendaftar boleh lah terus ke portal rasmi Kementerian di http://kpdnkk.gov.my 
**Kami Pembuat dan Pembekal produk tradisional berasaskan tumbuhan herba iaitu TUHAU. Ikuti kami @QueYun Tuhau-:FB, INSTAGRAM, GOOGLE PLUS, YOU TUBE. WHATSAPP KAMI : 012 8019875 / 011 35282909**

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.