Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Friday, October 7, 2016

PELAJAR UITM BUAT ASSIGNMENT TUHAU

0

 Sekumpulan pelajar dari UiTM Sabah, telah memilih QueYun Enterprise untuk assignment cost accounting mereka. Terima kasih kerana telah memilih syarikat kami.


Empat gadis manis, Nertytiti, Pamela, Shannon dan Stephanie. Mereka  merupakan pelajar UiTM yang datang bertandang melawat QueYun Enterprise bagi tujuan membuat sedikit interview dan juga merakam video pendek bagaimana cara-cara membuat Jeruk Tuhau.


Mereka juga berpeluang untuk mencuba Produk keluaran dari kami iaitu Jeruk Tuhau Pedas dan Serunding Tuhau. Seronok melihat gelagat mereka. Ceria suasana dengan sikap peramah mereka. Macam kenal sudah lama...(^-^)

Tahniah untuk mereka...Berpakaian tradisional dan dengan memilih Tuhau sebagai tajuk utama assignment, mereka telah berjaya menambat hati juri dan memenangi tempat pertama dalam presentition cost accounting mereka.



Terima kasih sekali lagi buat adik-adik dari UiTM Sabah, yang memilih kami dalam tugasan kos mereka. Semoga adik-adik akan  berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.